Click Me!

Monday, March 14, 2011

Pernah kah anda rasa ingin mati?

Acapkali saya terfikir, bagaimana kalau saya mati? Adakah ibu saya mampu menghadapi dugaan itu? Adakah aku masuk syurga?

Terus terang..aku mengalami tekanan emosi yang amat mendalam berikutan thesis ku yang sentiasa kena reject. Silap aku barangkali. Selepas 6 tahun belajar TESL atau ibarat kata-kata kawan aku 'Separuh dekad belajar Bahasa Inggeris', penulisanku dianggap Vague. Hancur luluh hatiku. Di mana silapku??? Apa yang aku belajara selama ini? Aku terus terang rasa ketika ini aku rasa bodoh. Aku rasa seperti ingin meraung atas kebodohanku. Adakah aku malas? Entahlah...

Setiap kali kawan baikku kata 'Rasa cam nak bunuh diri', aku akan ingatkan dia, itulah apa yang aku rasa...

Minta pada Tuhan, agar dipermudahkan perjalananku ini... Minta pada Tuhan, agar ibu dapat lihat aku konvo tahun ini...Minta pada Tuhan, kerana Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

3 comments:

Ibrahim Ismail said...

Jangan ungkapkan kesedihan, penderitaan dan kesulitan kerana ianya membuatkan hati yang lara terus merana dan berendam durja. Ambillah masamu semahu-mahunya, pergilah ke suatu tempat di mana ketenagan dapat kau temui. Bercakaplah dengan alam dan kesegaran udara milik yang Maha Pencinta. Dia ada menitip setiap jejak langkahmu. DI saat dirimu dibadai ombak dan lantera gundah gulana, ambillah masa mu untuk kembali tenang. Ingatlah bahawa pemergianmu bukan membawa titik permulaan untuk kebahagiaan tapi penyiksaan yang agung buat mereka yang mengharap keteguhan hati insaniah mu.

Ibrahim Ismail said...

Betullah, kadang2 rasa orang yang dilahirkan and always use English lagi bagus kot diorg punya skills.

Si Pemikir said...

I survived. I made it. I get my degree