Click Me!

Wednesday, January 25, 2012

My first school as an English Teacher!

Hello peeps! So, my previous post was about my posting. After the excruciating 8 months of waiting to be posted to school, finally I get to know that I am posted to Sekolah Menengah Berasmara  Berasrama Penuh Sains Labuan (FUH!). Belum sempat kaki ini menjejak Labuan, seperti biasa saya dihujani dengan pelbagai provokasi negatif bukan sahaja tentang cuaca di Labuan malah tentang beban kerja di sekolah berasrama penuh. However, all I can do is to smile, listen and never judge a school before you enter the gate. (Peribahasa yang diubah suai).

Pulau Labuan

I called SBP Unit more than 20 times (yeah, I know that it sounds like I am a psycho, but everyone does the same thing), but I received the same answer; "BELUM ADA SENARAI NAMA CIK". I couldn't sleep, I couldn't eat, I kept praying that my posting wouldn't be in Semenanjung, since there are a lot of SBP schools that need teachers in that area. At last, on Friday 4.30pm, I received a message from Elin, another girl from Gaya who is posted to SBP, she told me that her friend had already being informed that he is posted to SMS KK. At last, I manage to know my school.

"TAHNIAH CIK. ANDA DIPOSTINGKAN KE SEK MEN BERASRAMA PENUH LABUAN!"

Alhamdulillah. Labuan is just 2 hours from kk by ferry and 30 mins by flight. It isn't that far. Additionally, it's a free duty island. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kakiku menjejak Labuan dan bukanlah kali pertama kakiku menjejak SMSL. Pertama kali kaki menjejak labuan dan smsl ialah pada tahun 1999 ketika aku menyertai pertandingan bercerita peringkat negeri sabah. Tapi imej Labuan dan sekolah itu agak kabur di ingatan. Malah, walau aku pernah tinggal di Labuan selama sebulan semasa menuntut di matrikulasi (yg kemudian ku tinggalkan utk ke Kedah), memang aku hilang ingatan tentang Labuan. Yang aku ingat hanyalah tentang coklat, coklat murah, coklat sedap, coklat dan coklat lagi.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan, aku mengambil teksi terus ke sekolah. Tiada sambutan istimewa, kerana aku sendiri tidak menghubungi sekolah kerana begitu kelam kabut mengurus semua benda. Namun, apa yang pasti kedatangan ku (walau disambut dengan agak mengejut), tapi amat menggembirakan kerana kekurangan guru Bahasa Inggeris di sekolah. Sesi perjumpaan dengan pengetua sekolah selesai, diikuti dengan acara memperkenalkan diri dan memilih meja. 

Aku menumpang di rumah kuarters guru yang didiami oleh Kak Fai. Memang bersyukur sangat sebab cikgu-cikgu di sekolah memang baik, seperti yang dikatakan oleh kawanku yang pernah mengajar di sini. Satu perbezaan ketara antara sekolah harian dan sbp ialah, di SBP team work sangat kuat. Mungkin kerana target tinggi dan mungkin kerana semuanya professional di sini. Setakat ni Alhamdulillah, saya gembira di Labuan. 
Kuarters Guru 

Memandangkan saya dilantik sebagai warden, saya dapat tinggal di kuarters guru. Kuarters saya menghadap laut, malah sekolah ini memang terletak di tepi laut. Malangnya, kamera dan laptop sengaja ku tingalkan di Kota Kinabalu, dan diangkut ke Labuan selepas cuti ini berakhir. Tetapi keindahan laut memang sukar ku gambarkan. Mudaha-mudahan kawan-kawan ku dari semenanjung ada rezeki menjejak kaki di Labuan.

p/s akhir-akhir ini, aku lebih selesa menulis dalam bahasa ibunda.

4 comments:

Izzati Shuib said...

wah.congrats kak ella! dgr mcm best je dah dpt posting.. dpt jd waden lagi..best of luck :D

Eno said...

"never judge a school from its school gate" hahaha mdm bebe said the other way around. but hey, some school cannot use this idiom.

like my school, pagar je cantik, prasarana je ada, tp habuk pun tarak.

i landed like a soldier on the beach of Normandy but instead of seeing wilderness, a brand new school greeted me

Amanda Christine Wong said...

yay! u seem to be happy there :D

norsyamimi said...

Glad to know you've been posted!! Tahniah~~~