Click Me!

Thursday, March 1, 2012

In loving memory of Muhammad Azwan Baharuddin

"Berapa kali sudah teacher cakap, organize your book! Jangan campu-campur sama latihan lain!!!!" Tidak ku endah lagi keadaan waktu itu. Dahiku berkerut seribu seperti gagah menahan marah dari terus terhambur. Tidak ku endah lagi bahasa apa yang dipertuturkan. Anak-anak ini seperti tidak memahami peraturan yang telah ku tetapkan dalam kelas. Dalam keadaan ingin terus membebel, tiba-tiba telefon berdering. Amat jarang sekali telefon berdering ketika waktu kerja, dan aku terlupa untuk meletak mod silent dalam telefon murahku itu.
"Ella, Abang Azwan macam mau nazak."Ibu ku teus menghamburkan berita itu. Kata-katanya ibarat pisau menusuk ke telinga ku.
"Ella dalam kelas ni mummy. Nanti ella call balik"
Seluruh angkatan tentera comel kelas 1 Intelek memandang tepat ke mukaku. Seperti mereka tahu ada sesuatu yang bakal berlaku. Bunyi saja loceng kaki ku menderap laju ke bilik guru, duduk terdiam, terluku di hadapan timbunan kerja seperti batu.
"Tunggulah dulu. Tengok dulu macamana" itu sahaja keputusan yang mampu aku buat. Dengan keadaan tidak berkenderaan dan sekolah yang amat sibuk, amat mustahil bagiku untuk ke Kota Kinabalu yang mengambil masa 3 jam dengan feri ekspress. Aku terus membuat kerja lain, walau fikiran menerawang memikirkan apa yang berlaku seterusnya.
Tiba sahaja di kelas 4 Pendeta, tiba-tiba message bersering. "You have 10 missed calls 087$%^&*" Htati mula gelisah. Jam 2 petang ada pertandingan debat. Anak-anak 4 Pendeta ini diberi pilihan sama ada mahu menonton atau menyiapkan kerja. Aku pula harus bergegas ke dewan sebagai hakim. Setelah beribu pesanan diberikan kepada mereka, aku turun ke bawah dan tiba-tiba disapa oleh tuan pengetua.
"Cikgu Fadzillah, ahli keluarga kamu call sekolah. Kamu disuruh balik kerana abang sepupu kamu sedang tenat"
Berderai sahaja tidak air mataku, mampu lagi aku tersenyum kelat ketika memberitahu guru kanan tentang masalahku. Tersenyum sahaja yang aku mampu bila mana tiada seorang pun yang mahu menghantar ku ke terminal feri. Aku bergegas ke pejabat meminta nombor telefon teksi.
"Nak, macam dalam keadaan tergesa-gesa, mahu ke mana?"
"Saya mahu pulang kk pakcik, abang saya sakit tenat"
"Marilah pakcik hantarkan kamu"
Ya Allah, memang tidak disangka ada manusia yang masih mahu membantu walau pakcik itu hanya pemandu bas sekolah.
Perjalanan ke bandar Victoria kurasakan beribu batu. Sungguh jauh, sungguh terbeban di hati. Pakcik tersebut bawa ku bercerita. Sempat lagi dia menasihatkan aku "Buat kerja untuk Allah swt. Cikgu ni pekerjaan yang amat mulia. Nanti ada dividen di 'sana'".
Setibanya aku di terminal feri, tergesa-gesa aku mencari penambang speed boat. RM15 dihulkur segera. Ku berdiri 5 minit menghadap laut cina selatan. Sekali lagi telefon berbunyi. Nombor ibuku terpapar di skrin

"Ella, Abang Azwan dah meninggal dunia".

>>>>....<<<<

Selepas jenazah dikebumikan, Arif , anak kedua arwah yang amat rapat kepada ku duduk diam di sampingku. Hujan lebat semasa majlis pengebumian tidak mematahkan semangat warga kampung putatan dan masjid bandaraya untuk bertungkus lumus. Keadaan tanah kubur seperti bukit membuatkan kami duduk di unjuran jubin kuburan. Arif duduk di pangkuan, di bawah oayung biru.
"Kak Ella, sejuk."
"Kita semua basah ni sayang."
"Kenapa papa mati? Arif ingat papa sakit saja"
"Kita semua nanti akan mati satu hari nanti"
"Tadi papa kena balut kain putih. Macam selimut. Papa dalam tanah sudahkah?"
"Iya"
"Arif lapar"
"Kak ella pun lapar. Sabar ok sayang. Nanti kita makan"

Pulangnya kami ke Sepanggar dalam keadaan senyap. Hanya esakan tangis mummy ainah dan uncle bahar yang kedengaran.

Al Fatihah

Arwah and I in Kundasang 1992

1 comment:

Ms. Didi said...

Salam Ms Ella.

I need to talk to you urgently about arwah.
Kindly drop me a line at adibahomar.moe@gmail.com

Sis Diba.