Click Me!

Thursday, May 3, 2012

Khabarkan kematian jiwa ragaku

Khabarkan kematian jiwa ragaku,
kepada si dia yang mungkin sedang hidup dalam kebahagiaan,
di puncak awan tanpa sempadan.

 Khabarkan berapa tragisnya jiwa ragaku dibunuh,
 oleh si dia yang pernah bertamu di hati,
singkat, dalam, berkesan.

 Khabarkan kepadanya,
tidak guna disiram jiwa ini dengan air kasih,
tidak guna disemai benih cinta,
 tidak guna dibajai dengan sayang,
 Khabarkan kepadanya tentang kematian jiwa ragaku.


 (Flat guru smsl, 3rd May 2012, 7.03 pm)

No comments: