Click Me!

Saturday, June 16, 2012

Salji

"Apa keistimewaan salji?"
Tanyaku pada ibu, abang dan orang lain.
"Best. Sejuk"

Aku tertanya-tanya, kalau salji itu adalah ais lembut ,
seperti di dalam peti sejuk,
kenapa kita begitu taksub dengan salji.

Kalau rakyat Malaysia buat ucapan Raya di Utusan, gambar dengan salji,
Kalau kita pergi negara orang puteh, kita bergambar dengan salji,
Kita bergambar dengan salji buatan,
Kita buat gambar kita main salji sebagai profil picture.
Mungkin kita abadikan kenangan dengan salji.
Kalau dapat belajar luar negara, mesti orang cakap
"Bestnya main salji".

Teringat pernah sekali, lecturer cakap
"Snow is really not a good thing. Do you know how did we sufer, trudging through the snow to get into the campus,
yes, we were excited, but we suffer all the time"

Kadang-kadang kita hanya terlalu taksub dengan benda yang kita belum pernah lihat.
Agaknya.

No comments: