Click Me!

Saturday, August 25, 2012

Lakonan...

Ku senyum...
Tapi senyumku kelat...
Dalam hati, senyum tu terasa pedih dan pahit,

Bukan ku tak cuba senyum ikhlas,
Ku senyum untuk perkara lain,
Perkara suka-suka dan gembira,

Tapi senyum kelat
tetap melekat...

p/s Sila sedar diri, lusa dah kerja. Banyak benda nak settle.
      Flat guru SMSL
      25 Julai 2012

Saturday, August 11, 2012

Friday, August 10, 2012

Hidup

Sumpah aku rindu tulis blog. Kali ini aku mahu tulis suka-suka, mahu tulis dalam bahasa ibunda yang bersulam dengan bahasa antarabangsa. Hidup aku macam biasa, tahap kesibukan yang masih boleh diterima.

Mari cerita pasal my so-called wonderful teaching life. Ini musim menanda kertas. Bilik guru meriah dengan suasana raya. Mcam-macam kuih muih dijual. Sebilangan memang sungguh relax, sama ada kerana kertas subjek mereka di hujung waktu ujian (I pity them..like seriously...aku pun tak nak tanda kertas ketika cuti), atau duudk saja sebab subjek memang sungguh chill atau memang tidak mengajar seperti kaunselor tapi sibuk dengan program. Aku suka pindah randah, aku suka duduk dekat dengan Kak azy, kak aimi, yahya, kak faiz, kak jal dan fazley. Memang best sebab lawak boleh mengarut ntah apa-apa. Maka meja Ustaz lan jadi mangsa sebab dia memang tidak duduk di situ. Sumpah aku frust dengan student. Mungkin mereka anggap subjek bahasa senang, sampai mereka boleh buat suka-suka. Rata-rata markah mereka tidak mengagumkan. Aku periksa 1 kertas dan tidur satu jam. Cerita pelajar amat cliche. Cerita diulang-ulang, malah hampir semua pelajar pilih soalan yang sama.

Mari cerita pasal raya. Aku dan raya hanya biasa-biasa. Selama 6 tahun belajar di semenanjung, I never bother to come back for Raya. Aku sambut raya dengan maggi. dan 2 tahun beraya di kg pakcik di negeri sembilan. Sudah 3 tahun aku tiada baju raya. Tapi aku tetap chill. Tiada maknanya untuk ku merajuk dengan diri sendiri. Tahun  ini pertama kalinya aku beraya sebagai seorang wanita bekerjaya. Seharusnya duit raya harus dihulur kepada sanak saudara. Tapi aku terlalu selamba dalam menguruskan hal raya, sehingga saat ini aku tiada lagi duit kecil dan hanya ada 8 sampul raya. Well, kalau terdesak aku hanya hulur macam tu atau guna skill origami buat sampul sendiri.

Mari cerita pasal tudung. Aku akui memang aku suka tengok majalah fesyen, suka tengok orang berfesyen, tapi aku berfesyen dengan ala kadar. I know I am eccentric and vintage in my own way. Hari ni aku pertama kali guna tudung ala2 bawal (walau muka jauh chicken wings dari api macam Datin Juma.) Aku suka sesuatu unik, aku suka sesuatu yang berbeza dari orang lain. Itu memang aku. Aku perasan ada pelajar tenung aku dari jauh, ada ang jujur "TEACHER YOU LOOK DIFFERENT TODAY!" , aku hanya mengangguk dan tersenyum.

Aku si tudung bunga-bunga  d
engan busana jimat dari KAMDAR.


Aku rindu rumah. Kenapa aku tak balik Kota Kinabalu. Entah aku pun tak tahu.

Aku tahu tulisan aku tunggang langgang dan tiada kesinambungan antara perenggan, macam karangan para pelajar aku.