Click Me!

Monday, December 30, 2013

Suntuk

Masa makin suntuk,
satu bulan aku berkmapung di UMS,
TERLALU BANYAK, tetapi Macam keterlaluan kalau aku kata aku dah tahu banyak,
dan macam terlalu abstrak kalau aku cakap aku macam kosong.

Argh, perjalanan master ini, begini rupanya.
Agak cemburu melihat siswazah lain berteman dan berkawanan,
ada rakan tukar idea.

Macam-macam yang aku rasa,
Macam nak pengsan, macam nak meraung, macam nak muntah pelangi,
Macamana sekalipun aku tak akan cakap "MACAM NAK QUIT"

BERTAHAN
BERTAHAN
BERTAHAN

Friday, December 6, 2013

Thinking of You

Thinking of You,
It makes I hate me, myself,
You remind me of a person I cannot be,
And things I cannot have.

And I hate of living with your memories...


Thursday, October 17, 2013

Ada apa dengan Kau?

Ada apa dengan kau?
sampai aku boleh suka kau gila-gila?
Kau bukannya handsome pun,
jauh sekali muka macam Edward Cullen,
Suara kau tak gemersik pun,
Tak macam John Legend,

Aku terus terang,
kau lelaki biasa-biasa sahaja,
but I fall in love in your intelligence.

Sekian sahaja puisi cinta tak jadi ini.

P/S Puisi ditulis tangan, pada tahun 2011, dalam buku diari warna coklat. Puisi ini diingat semual bila aku mula baca buku tentang qualitative research yang pertama aku boleh digest tanpa muntah warna-warni.



Thursday, September 19, 2013

Another Journey

Kini aku sudah bergelar pelajar pascasiswazah,
atau lebih bergaya jika disebut Postgraduate.
Aku sangat tidak berharap jika blog ini tidak ada pembacanya,
Malah pernah aku terfikir untuk tutup sahaja akaun ini.
Tapi bila baca semula, semua tulisan picisanku,
Sebagai remaja, sebagai pelajar tahun akhir,
sebagai pekerja pada tahun pertama,
mana mungkin aku dapat menulis semula dengan penuh puitis dan melankolik,
Aku akan menulis semula,
luah rasa hati di sini,
mencatta semua perjalanan dan perjuangan sebagai pelajar.
Semoga dipermudahkan olehNya, Semoga beroleh ketenangan dan kejayaan.



P/S Jika ada silent reader, yang diam-diam membaca post saya, terima kasih saya ucapkan.

Wednesday, July 24, 2013

Tanpa Tajuk

Mencari nafas dalam diam,
mencari nyawa dalam sendu, 
mencari hidup dalam kelukaan, 
mencari diri dalam kekecewaan. 

Sunday, July 7, 2013

To him

At the end,
I am the brave woman
Telling you that,
I HAVE BEEN LOVING YOU since 3 years ago.
I am relieved.
Free.
When I put off the handphone,
I feel like my body has just recovered from a long high-fever.
My head is lighter.
I cried and I smile,
in which you can only do that when you are happy.
I told you
that I dont want meet you anymore.
and I mean it.

Thank you to you.
You are the experience
that I take to be myself today.

Friday, June 21, 2013

Tahi Lalat Pudar

Dulu-dulu , masa kecil,
bila orang nampak tahi lalat pudar pada tapak kakiku,
orang akan selalu cakap
"KUAT JALAN"
Tapi ibu selalu betulkan
bila aku bertanya,\"Betulkah kalau ada tahi lalat di kaki kuat jalan"
"Bukan kuat jalan, tapi banyak ke tempat orang lain, cari ilmu, cari pengalaman"

I guess my mother is right.
Mungkin minggu depan terbang lagi....

Lapangan Terbang Kota Kinabalu
21 Jun 2013

Thursday, May 9, 2013

Iklan Kak Ton

I have been living without TV for 8 years.....U no believe it? Yerla...sambung belajar 6 tahun, mmg tiada tv, nak tgk tv berebut kat bilik tv. And I still dont buy any tv eventhough I have my own money, sebab bukannya ada kat rumah pun selalu kan?

Tapi mak saya sangat suka tv. Pernah timbul isu, dia bosan tinggal di rumah aku, sebba takde tv.

It's not that I have TV, It's just I find that it is peaceful without tv, I spend my leisure time surfing internet and read books, and much of other theories abt tv that I think I would make a different post on that.

Tapi masa aku menganggur, hidup aku ceria dengam tv, dan rumah aku penuh dengan kotak2 warna biru...yerp, masa tu mak aku sudah mula terpengaruh dengan produk kak ton. Masa tu kak ton hny keluar di TV3, rancangan awal pagi tu.

Kak Ton is a phenomena. Jujur, aku rasa kak ton tak sesuai jadi pengacara tv, sebab kak ton suaranya agak high pitch, tapi kak ton awet muda...mak saya pun awet muda... hermmm...

By the way kak ton, maybe you could think of a new way to promote the product. Apa-apa pun Kak Ton, all the best.

p/s mak saya minat kat produk kak ton. Dapat diskaun tak?

Sunday, May 5, 2013

Hakikat

Aku termenung jauh,
Hati rasa pedih,
ku pejam mata agar sungai kesedihan tidak mengalir.
Badan kurebahkan di atas tilam kerajaan ini.

Sudah lama ku menghimpun doa,
"Allah, cepatkan jodohnya.
Biar dia berkahwin dengan pilihannya"
Kenapa aku berdoa sedemikian?
Kenapa tidak ku doakan agar aku inilah yang bakal jadi permaisurinya
"Ah, damage has been done" desus hati kecilku.
Kalau dia berkahwin, sudah tentu tiada harapan buatku.
Barangkali jiwaku lebih tenang selepas itu.
Kenapa Tuhan kurniakan perasaan ini kepadaku,
kenapa bukan dengan lelaki lain?
Kenapa dia?
Aku mahu teruskan hidup,
Aku mahu terus terbang
tanpa bayangannya di sisiku.
Pernah dia bertanya padaku,
ketika hatinya berbunga-bunga mengidam sang jelita,
"Do you like me?"
Aku cepat sahaja menidakkan.

"Apa masalah kau sebenarnya?"
Masalah aku ialah,
I love a person who loves somebody else.'
"Bagitau jelah kau suka dia?"
"Walau aku bagitau pun,
aku tetap bukan pilihan dia"

Aku menyulam rindu dalam diam,
dalam sendu bertaut rasa...

Ku pejam mata,
ku tekup muka dengan bantal,
matahari senja berlumba-lumba masuk di celah langsir,
seolah-olah menyuluh hakikat sebenar
ceritera ini...

25 April 2013
Kolej Tunku Kurshiah
Bandar Enstek


Tuesday, April 16, 2013

Woohooo!

Yerp, so much things happened in my life. My life is 360 degrees different from my previous teenagers era. I used not to have much money, crave to travel, wish that I have a ride wish that I am 'that' woman with a career.

And now, I am the 'woman' that I want to be. The grass is definitely green at this side, the but good always comes with the bad. Too many tests and obstacles, yet what doesnt kill me , will (of course, drive me crazy sometimes) don;t kill me.

Moga Allah tetapkan kekuatan ini , moga dimurahkan rezeki, moga terus diberi kesihatan yang baik untuk mendidik anak-anak yang diamanahkan ini. Amin

Yes, I lost some extra baggage

and eczema has gone away 

Wednesday, February 27, 2013

Of Mixed-Parentage

I never know that I am different from others, until I went to Semenanjung to pursue my study.

Some of the people can't digest the information when I am telling them I am mixed-parentage.

Recently, a teacher assumed that I am muallaf, til one day I told him I was born as a Muslim.

A friend do not know that half of my family is Catholic Christian.

And yes, I am a proud Sabahan

Exhausted

Hidup aku seperti ekor di kapal terbang yang aku naik semalam,
Aku mampu nampak cahaya bulan yang terang,
Kapal terbang laju,
Juruterbang sampaikan bulan kelihatan indah,
Begitu juga hidupku kini,
aku sering dengar cita-cita mereka,
apa yang Mereka inginkan,
aku cuba lihat dengan mata ketiga,
hidupku bergerak pantas,
tapi penuh dengan kecelaruan,
Aku boleh bilang berapa hari aku di rumah,
Aku boleh bilang berapa kali aku pulang jenguk mak di rumah,
Aku boleh kira, bila anak buah mengandaikan Labuan ini terlalu jauh,
sehingga 'Kak Ella' mereka jarang bawa mereka jalan-jalan.
Aku tak tahu apa aku mahu...
Aku tak tahu, ini ialah kehidupan cikgu di sekolah begini.



Friday, January 18, 2013

Cinta Disampahkan

Lagu ini, khas untuk kau.
Tapi bukan salah kau,
aku yang pengecut, tak bagi tahu kau
tentang perasaan "ITU"
dan padan muka aku.
Aku terseksa kerana kekosongan jiwa yang bodoh.
Tapi, agak mustahil, kalau kau tidak nampak,
tentang perasaan "ITU'.
Aku harap satu hari nanti,
aku akan penat menunggumu.
Dan kau akan hilang dari hati ini,
Aku masih mencari sang arjuna lain,
yang mampu mewujudkan perasaan "ITU"
seperti yang aku rasa untuk kau.
Cinta aku kau sampahkan.
Aku harap kau tak pernah rasa
apa maksud cinta disampahkan.
Aku tak mahu kau rasa derita.