Click Me!

Sunday, May 5, 2013

Hakikat

Aku termenung jauh,
Hati rasa pedih,
ku pejam mata agar sungai kesedihan tidak mengalir.
Badan kurebahkan di atas tilam kerajaan ini.

Sudah lama ku menghimpun doa,
"Allah, cepatkan jodohnya.
Biar dia berkahwin dengan pilihannya"
Kenapa aku berdoa sedemikian?
Kenapa tidak ku doakan agar aku inilah yang bakal jadi permaisurinya
"Ah, damage has been done" desus hati kecilku.
Kalau dia berkahwin, sudah tentu tiada harapan buatku.
Barangkali jiwaku lebih tenang selepas itu.
Kenapa Tuhan kurniakan perasaan ini kepadaku,
kenapa bukan dengan lelaki lain?
Kenapa dia?
Aku mahu teruskan hidup,
Aku mahu terus terbang
tanpa bayangannya di sisiku.
Pernah dia bertanya padaku,
ketika hatinya berbunga-bunga mengidam sang jelita,
"Do you like me?"
Aku cepat sahaja menidakkan.

"Apa masalah kau sebenarnya?"
Masalah aku ialah,
I love a person who loves somebody else.'
"Bagitau jelah kau suka dia?"
"Walau aku bagitau pun,
aku tetap bukan pilihan dia"

Aku menyulam rindu dalam diam,
dalam sendu bertaut rasa...

Ku pejam mata,
ku tekup muka dengan bantal,
matahari senja berlumba-lumba masuk di celah langsir,
seolah-olah menyuluh hakikat sebenar
ceritera ini...

25 April 2013
Kolej Tunku Kurshiah
Bandar Enstek


No comments: