Click Me!

Friday, January 10, 2014

What do I want to do before Iam 35 years old?

1. To earn a PhD
2. Sky Diving
3. To weight 55 Kgs.
4. To join any professional development programme overseas.
5. Pilgrimage.

Simple Enough!


from uncle google

Thursday, January 2, 2014

Kuih Kusui Ibu

Aku dibesarkan oleh ibuku seorang diri setelah bercerai dengan ayahku, 
Ibuku bekerja sebagai guru sekolah rendah,
Kalau nak kata hidup kami susah, memanglah tidak,
tapi kami juga tidak kaya,

Masa aku kecil, 
kalau ada jamuan di sekolah ibu,
dia selalu masak Kuih Kusui,
Aku tak suka Kuih Kusui, 
entah kenapa,
Tapi orang lain semua memuji kesedapan kuih kusui ibu,
sehingga aku besar ni,
kalau beli kuih, mmg tak akan pilih kuih kusui,

Masa kecil, 
kalau ada jamuan di sekolah ibu,
Dia akan buat Kuih Kusui bertalam2
dan sebagai seorang pembawa bekal yang tegar,
ibu akan letak kuih kusi sebagai bekal ku.

Aku tak pernah bagitahu ibu,
aku tak suka kuih kusui,
kuih kusui tu aku bagi kawan-kawan makan,
memang dorang pun suka

Bila aku dah besar,
aku juga seorang guru,
aku teringat tentang Kuih Kusui,
Seperti sesi luahan dihati,
satu malam ibu buat kuih kusui,
tapi tidak banyak kerna ibu sudah pencen,
Dia masih ingat aku suka kuih itu,
kerna masa kecil bekalku sentiasa habis 
jika aku bawa kuih kusui

Maka aku pun berkata
"Mummy, Ella sebenarnya tidak suka kuih ini"
"Tapi, bekal yang ella bawa masa kecil2 dulu inilah, mummy tengok habis ella makan"
"Sebenarnya ella bagi kawan-kawan"
"..." Ibuku senyap, dan selepas beberapa saat dia berkata
"Kenapa ella tidak bagitahu ella tidak suka kuih ini dulu?"
"Ella kesian dengan mummy, nanti mahu beli makanan lain, membzir duit"
Ibuku seolah-olah menahan air mata...
aku terdiam, tidak tahu untuk apa yang harus ku katakan.
Aku bertanya lagi,
"Kenapa dulu mummy sellau buat kuih kusui banyak-banyak?"
"Sebenarnya mummy cari duit lebih, dengan buat kuih kusui"

Aku tidak tahu tentang perkara itu,
Kami dulu tidak berkereta, walau ayahku berkereta mewah
Hidup aku pernah mengangkat air bertahun-tahun
di flat guru...
dan aku tidak tahu ibuku menjual kuih dalam senyap...